Drama Setelah Terlafaznya Akad lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Drama Setelah Terlafaznya Akad akan bersiaran di slot Megadrama Astro Ria bermula 17 Jun ini. Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Merupakan adaptasi novel karya Anna Milia. Terbitan produksi Juita Viden Production Sdn Bhd dan arahan pengarah popular Michael Ang. Skrip ditulis oleh Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris.


Para Pelakon

Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Video Promo


Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan.

Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil.

Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Gambar Pelakon

Drama Setelah Terlafaznya Akad


drama setelah terlafaznya akad

Saksikan nanti drama Setelah Terlafaznya Akad yang bersiaran 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar