Drama Curi-Curi Cinta lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson

Drama Curi-Curi Cinta akan mula bersiaran pada 29 April ini di slot MegaDrama Astro Ria. Merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, karya nukilan Siti Rosmizah. Drama ini  diarahan oleh Raja Ahmad Alauddin, skrip tulisan Rehal Nuharis dan terbitan produksi SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media.

Drama Curi-Curi Cinta

Para Pelakon

Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Farisha Irwayu.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Lagu Tema / OST

Terlalu Memuja - Wany Hasrita
Syurga Ditelapak Kaki Ibu - Aishah
Rampas - Akim & Majistret

Sinopsis Curi-Curi Cinta

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Gambar Pelakon

Drama Curi-Curi Cinta

pelakon Drama Curi-Curi Cinta

Jangan lupa ikuti nanti drama Curi-Curi Cinta yang bersiaran 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar