Drama Setelah Terlafaznya Akad akan bersiaran di slot Megadrama Astro Ria bermula 17 Jun ini. Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Merupakan adaptasi novel karya Anna Milia. Terbitan produksi Juita Viden Production Sdn Bhd dan arahan pengarah popular Michael Ang. Skrip ditulis oleh Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris.


Para Pelakon

Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Video Promo


Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan.

Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil.

Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Gambar Pelakon

Drama Setelah Terlafaznya Akad


drama setelah terlafaznya akad

Saksikan nanti drama Setelah Terlafaznya Akad yang bersiaran 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Drama Puteri Yang Ditukar mula bersiaran di slot Tiara, Astro Prima bermula 9 Julai. Bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang selama 80 episod. Diarahkan oleh Bahri Uma dan Zamri Zakaria, terbitan syarikat Orangetree Production Sdn Bhd.

Drama Puteri Yang Ditukar

Para Pelakon

Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Puteri Yang Ditukar

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan?

Gambar Pelakon


Rancangan terbaru Rialisasi Job Selebriti akan mula ditayangkan pada 16 Julai ini, setiap Selasa jam 11 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Program realiti yang menampilkan seorang selebriti setiap 1 episod melakukan satu pekerjaan idaman yang mereka tidak pernah terfikir dapat melakukannya semenjak sudah bergelar sebagai seorang selebriti.

Program Rialisasi Job Selebriti

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Episod 1
Saksikan Sherry Al Hadad melaksanakan pekerjaan idamannya sebagai seorang pramugari. Penonton berpeluang menyaksikan selebriti kesayangan mereka melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan karier asalnya.

iflix, perkhidmatan hiburan digital terbesar di Asia Tenggara, kini membawakan drama-drama hangat TV3 untuk para penggemar hiburan lokal dengan percuma, hanya satu jam selepas tayangan televisyen.


Episod terbaru Ajari Playboy Itu kini boleh distrim atau dimuat turun di iflix, dengan percuma. Disamping itu, lebih banyak judul bakal ditambah ke koleksi drama iflix seperti Kariah Cak Pong (mulai malam ini, 8 Julai), Mimpi Sabrina (mulai 11 Julai), Semua Salahku (mulai 11 Julai), dan Atin, Atan & Mak Cun (mulai 18 Julai), yang dapat ditonton hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen dan boleh ditonton, di mana saja, bila-bila masa – Ikut Suka Hati Anda!

Bermula 12 Julai, koleksi rancangan TV3 yang digemari ramai dan merangkumi pelbagai genre seperti komedi, hiburan, dan program realiti seperti Bukan Untukmu, Diandra, Hujan, Misi Betty, dan Bintang Mencari Bintang, bakal dihimpun dalam sebuah saluran premium berjudul TV3 Ekspres, untuk kemudahan navigasi dan penemuan buat pengguna.

Dinesh Ratnam, Country Manager iflix Malaysia, berkata: “Kami percaya yang setiap orang harus diberi kebebasan untuk menikmati hiburan kegemaran mereka, jadi kami cukup berbesar hati membawakan hiburan yang terbaik dari TV3 ke iflix, yang boleh distrim atau dimuat turun dengan percuma, hanya satu jam selepas ditayangkan di televisyen. Jadi, semua orang boleh (berhibur) Ikut Suka Hati”.

“Para penggemar hiburan di Malaysia bakal menikmati lebih banyak judul-judul catch-up dan judul klasik dari TV3 di saluran TV3 Ekspres, di iflix tidak lama lagi”, katanya.

Penambahan program-program TV3 di iflix adalah sebahagian daripada usaha kerjasama strategik antara iflix dengan Media Prima Berhad, yang bertujuan untuk meningkatkan lebih banyak penawaran program tempatan di platform digital iflix. Kerjasama ini juga merangkumi rancangan untuk penerbitan program baru serta produksi drama bersama Media Prima.

AKAN DATANG DI IFLIX (JULAI)


Ajari Playboy Itu | Mulai 7 Julai | Sabtu - Ahad | 9 malam
Ajari Playboy Itu berkisar tentang Julia (Emma Maembong) dan Hana (Jaja Iliyes) yang geram dengan sikap Haris yang terlalu mudah mengecewakan hati wanita yang menggilainya. Lalu mereka merancang untuk ‘mengajar’ Haris (Fendy Bakry). Namun, apa yang tidak disedari oleh Haris mahupun Hanna, rupanya Julia hanya mahu melempiaskan dendam kerana telah lama menyintai Haris di dalam diam namun tidak mendapat perhatian playboy itu.

Dibintangi oleh Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Kilafairy, Shiqin Kamal.

Tonton di sini: go.iflix.com/ajariplayboyitu

Kariah Cak Pong | Mulai 8 Julai | Isnin - Khamis, 8 malam
Pak Non,Pak Nan dan Pak Nin merupakan barisan AJK Masjid kampung namun segalanya menjadi kacau-bilau. Akibat terlibat dengan pelbagai kontroversi, Pak Nan digugurkan dari jawatannya selaku AJK Masjid, namun kerja dakwahnya tetap diteruskan. Persoalannya, adakah Pak Nan akan kembali ke masjid, setelah Daud dan Murad yang selalu membuat onar di kampung itu, telah ditangkap?

Dibintangi oleh Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amelina, Kuna Muzani, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Hanna Aqeela, Feiyna Tajudin dan Sissy Imann.


Semua Salahku | Mulai 11 Julai | Rabu - Jumaat | 11 malam
Mengisahkan Sofea (Fasha Sandha), seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris (Nafiz Muaz). Ketika kecil, bapa Haris telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta. Akibat terbeban, Sofea terpaksa bekerja keras untuk menjana pendapatan. Namun, Sofea terlalu sibuk bergaya dan mencari suami yang kaya, sehingga meminggirkan keperluan anak serta ibunya. Haris mula bergaul dengan rakan yang salah dan mula mencuri. Sofea ingin memikat Rosli, yang merupakan seorang pengurus kafe, namun takdir telah menentukan segalanya. Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini?

Dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiz Muaz dan Nafiez Zaidi.


Mimpi Sabrina | Mulai 11 Julai | Isnin - Khamis | 12 tengah malam
Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), seorang budak kampung. Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan, setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak. Demi menyelamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan (Josiah Hogan), anak angkat kepada bapa saudaranya. Tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu mekar semula apabila tanpa sengaja Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasanayang cukup berbeza.

Dibintangi oleh Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi.

Atin, Atan & Mak Cun | Mulai 18 Julai | Isnin - Khamis | 8 malam
Mengisahkan tentang Mak Cun (Erma Fatima) dan cucu-cucunya, Atan dan Atin. Mak Cun belajar Bahasa Mandarin dan begitu teruja untuk memasuki pasaran China. Manisah (Umie Aida) terkejut mendengar Mak Cun ingin ke sana, lalu dia memujuk Mak Cun untuk membawanya bersama. Atin pula teruja bermain ‘sekolah pondok-pondok’. Dia mengajar subjek matematik kepada beberapa budak kampung seperti Amat, Ramu, Fatin, Orkid dan termasuk Atan. Dia mahu kawan-kawannya dan Atan menjadi pandai. Namun, keadaan mula menjadi huru-hara apabila Mak Cun dan Manisah berada di Guangzhou.

Dibintangi oleh Eirma Fatima, Nur Syamimi, Jay Nazif, Syamim, Dato’ Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Azizah Mahzan

Program Muzikal Lawak Superstar 2019 telah memulakan gelanggang bermula pada 28 Jun yang lepas. Bersiaran live pada setiap minggu hari Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Muzikal Lawak Superstar 2019

Program ini juga menampilkan selebriti terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar.

Manakala Nabil Ahmad dan Nabila Huda digandingkan sebagai hos program berkenaan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Berikut merupakan 14 peserta (kumpulan) Muzikal Lawak Superstar 2019:
  1. BOTAK: Achey, Abam & Black
  2. VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir
  3. NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
  4. J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman
  5. TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
  6. TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar
  7. LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
  8. KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF
  9. SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
  10. HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim
  11. KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
  12. WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura
  13. BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
  14. U N I : Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC


Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand. Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.

Memulakan episodnya hari ini di Slot Tiara Astro, drama Jodoh-Jodoh Annisa akan bersiaran selama 100 episod di saluran Astro Prima dan Maya HD pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Drama ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin.

drama jodoh-jodoh annisa

Para Pelakon

Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Hilal Azman, Shah Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28Episod 29Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35
Episod 36 Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40
Episod 41 Episod 42 Episod 43 Episod 44 Episod 45
Episod 46 Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50
Episod 51 Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55
Episod 56 Episod 57 Episod 58 Episod 59 Episod 60
Episod 61 Episod 62 Episod 63 Episod 64 Episod 65
Episod 66 Episod 67 Episod 68 Episod 69 Episod 70
Episod 71 Episod 72 Episod 73 Episod 74 Episod 75
Episod 76 Episod 77 Episod 78 Episod 79 Episod 80
Episod 81 Episod 82 Episod 83 Episod 84 Episod 85
Episod 86 Episod 87 Episod 88 Episod 89 Episod 90
Episod 91 Episod 92 Episod 93 Episod 94 Episod 95
Episod 96 Episod 97 Episod 98 Episod 99 Episod 100

Sinopsis Jodoh-Jodoh Annisa

Majlis pernikahan Annisa bermula. Rykarl dan orang-orang kuat Dato Azhar semua berteka-teki tentang siapakah yang akan menjadi CEO baru F3. Annisa tidak mengerti kenapa dia perlu bernikah.

Dato Azhar dirawat di wad kecemasan dan mungkin perlukan pembedahan. Karl tidak mahu Annisa berada di hospital kerana dia penyebab Azhar sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah.

Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.

Gambar Pelakon


pelakon jodoh jodoh annisa

drama jodoh jodoh annisa

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar